Jumaat, 13 April 2012

PIZZA TERBAEEKKK....







Semalam saya buat pizza untu makan malam kami...memenuhi permintaan anak-anak. Kali ni buat pizza guna tangan dan tak guna bread maker pun..saja nak try.  Lagipun tuk sesapa yang x de BM boleh le guna cara ni...k













Pizza
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


Pizza base ( 2 keping Regular pizza)

·         2 cawan tepung gandum
·         2 sudu kecil yis segera mauripan
·         2 sudu besar susu tepung
·         160 ml air suam
·         1 sudu besar gula halus
·         1/2 sudu kecil garam
·         1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
·         1 sudu besar olive oil atau  (marjerin/mentega) cair

Cara-cara :

1.    Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih). (saya campurkan dengan gula sekali)- Gunakan bekas yang besar sikit semasa merendam yis ni takut yis membuak keluar.
2.    Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
3.    Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit. **** (semasa tunggu pizza ni kembang leh la prepare topping- untuk resepi sila rujuk dibawah)
4.    Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
5.    Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
6.    Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
7.    Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.


Topping Pizza

Bahan-bahan

1 keping dada ayam - di potong nipis atau didadu
2 keping sosej - dikerat
1/2 tin cendawan butang (Saya guna "Ayam Brand")
1 biji bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih - dadu / dihiris halus (saya dadu)
1 sudu besar cili boh (boleh kurang kalu x nak pedas...saya guna cili kering yang diblender)
2 suudu besar tomato puree
1 biji tomato - dadu
1 sudu besar oregano
1 sudu kecil paprika (saya x letak x de stok)
garam secukup rasa (jgn bubuh banyak sebab tomato puree tu pun masin)

cili benggala (di potong panjang)  dan tomato dihiris bulat untuk ditabur atas pizza.
Keju parut (brand cheddar @ mozarella) - kalau x de guna je cheddar slice tu hiris panjang2 k.

Cara2nya

1.  Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu (x yah garing pun x pe)
2.  Masukkan cili boh dan tumis lagi.
3.  Masukkan ayam dan tumis sampai masak. (bolehlah masukkan air sedikit > 1/2 cwn)
4.  Masukkkan sosej, cendawan dan tomoato puree dan tomato yang didadu. Masak sekejap.
5.  Gaulkan oregano kering (mesti letak) dan paprika(saya x letak ) dan garam.  bolehla disejukkan.

***sebenarnya semasa tunggu  doh pizza tu kembang ( 40 - 45 minit) boleh prepare topiing ni.

6..  Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, lepas tu  topping yang dimasak tu..cili benggala dan tomato yang dihiris bulat  .  taburkan keju parut. 
9.    Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. (Saya bakar dalam 30 minit.)













le='clear: both;'/>

Isnin, 21 November 2011

MARBLE CHEESE BRWONIES

 Tempahan ni dibuat leh my SIL hari minggu hari tu tuk bawak balik KL..pagi2 lagi sya dah membusy kan diri kat dapur sebb brownies ni my SIL nak ambil dalam kul 11.am nanti...brownies ni sedap sgt dengan gabungan coklat dan cheese...rasanye emmmmm yummyz...sesapa yang suka dengan cheese memang akan menyukai brownies ni....brownies ni juga menjadi kegemaran kami sekeluarga...cuma sya x leh nak mkn selalu nanti kolestrol nye....hehe...



Berat > 500 gr
le='clear: both;'/>

Rabu, 16 November 2011

Tempahan Kek Coklat

Kek coklat yang comel-comel ni ditempah oleh kawan baik sya sempena wedding cousinnye hari tu....thnk you za...lenkali kalau ada apa2 event boleh le order lagi....









le='clear: both;'/>

APAM SNOW WHITE


Dah lama mengidam nak  buat apam snow white ni tapi  hari ni baru ada kekuatan untuk membuatnya...kan
apa takut x gebu tapi alhamdulillah x sia-sia mencuba, resepi ni sedap sgt..kena dengan tekak saya. Resepi ni sya cnp dari rumah kak rose. Sya cuma buat setengah adunan sahaja coz family pun x ramai. Untuk resepi penuh boleh le la rujuk di sini. mekasih ya kak rose.

APAM SNOW WHITE (34 biji)
Sumber : qnq0910

11/2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1 cawan gula pasir (saya Kurangkan pada 140gm)
1/2 packet mauripan@ibu roti (6gm)
1 cawan nasi
11/2 cawan air

Cara-cara
  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...  
  6. selepas satu jam, sya bahagikan kepada 4 warna iaitu putih, pink, hijau dan kuning. isikan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. sangat gebus dan lembut jer.... makan dengan kelapa putih bergaram.....

le='clear: both;'/>

Selasa, 15 November 2011

CREAM PUFF

Hujan-hujan begini perut terasa lapar lak pulak, tengok kat ice box pe yang ada...balance butter buat marble cheese brownies hari tu, ada lagi. So memenuhi permintaan sikecik tu, sya buat cream puff ni tuk minum petang...disini sya sertakan resepi untuk rujukan sya kemudian hari....Minta izin copy  paste rspi.


CREAM PUFF

 Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.

2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat

4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
( peringatan : biarkan adunan betul-betul sejuk sebelum masukkan telur)

5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat

6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.

7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm.

7. Basahkan jari dengan air dan tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 20 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
10. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm

*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer. (Sya guna cara ini)

CREAM CUSTARD

Sumber : honey@myresepi.com

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
  • 1 sudu besar tepung (Sya guna tepung gandum)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
  • Saya tambah satu sudu teh esen vanilla
Cara-Cara
(Saya ikut cara Chef Noraini sidek)
1.  Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2.  Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3.  Masak atas api kecil. Sentias kacau supaya tida berbintil-bintil. (Sya guna whisker utk kacau)
4.  Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega.  Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.
5.  Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dlam pastri choux yang telah dibelah tadi atu boleh juga menggunakan nozzle yang berbentuk panjang dan paipkan sahaja dalam cream puff tsbt (x perlu dibelah).


Inilah nozzle yg sya gunakan untuk paipkan cream custard  ke dlm puff....
le='clear: both;'/>

Isnin, 14 November 2011

Kek Coklat

Assalamualaikum semua..saya harap anda semua sihat disamping keluarga tersayang..dibawah ini terdapat beberapa jenis size packing kek coklat yang ditempah oleh beberapa orang kawan minggu lepas.




le='clear: both;'/>

Tempahan kek

Kek Coklat Moist ni di tempah oleh cikgu zubaidah daripada Sek Keb Bukit Beruang sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha. Terima kasih cikgu kerana sudi menempah kek dengan saya.


Berat Kek ni lebih kurang 1.3 kg


Ni kek yang siap di 'pack' untuk dihantar kerumah cikgu.


 
le='clear: both;'/>