Rabu, 16 November 2011

APAM SNOW WHITE


Dah lama mengidam nak  buat apam snow white ni tapi  hari ni baru ada kekuatan untuk membuatnya...kan
apa takut x gebu tapi alhamdulillah x sia-sia mencuba, resepi ni sedap sgt..kena dengan tekak saya. Resepi ni sya cnp dari rumah kak rose. Sya cuma buat setengah adunan sahaja coz family pun x ramai. Untuk resepi penuh boleh le la rujuk di sini. mekasih ya kak rose.

APAM SNOW WHITE (34 biji)
Sumber : qnq0910

11/2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

1 cawan gula pasir (saya Kurangkan pada 140gm)
1/2 packet mauripan@ibu roti (6gm)
1 cawan nasi
11/2 cawan air

Cara-cara
  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...  
  6. selepas satu jam, sya bahagikan kepada 4 warna iaitu putih, pink, hijau dan kuning. isikan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. sangat gebus dan lembut jer.... makan dengan kelapa putih bergaram.....

le='clear: both;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan