Selasa, 15 November 2011

CREAM PUFF

Hujan-hujan begini perut terasa lapar lak pulak, tengok kat ice box pe yang ada...balance butter buat marble cheese brownies hari tu, ada lagi. So memenuhi permintaan sikecik tu, sya buat cream puff ni tuk minum petang...disini sya sertakan resepi untuk rujukan sya kemudian hari....Minta izin copy  paste rspi.


CREAM PUFF

 Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.

2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat

4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
( peringatan : biarkan adunan betul-betul sejuk sebelum masukkan telur)

5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat

6. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.

7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm.

7. Basahkan jari dengan air dan tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.

8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 20 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.

9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
10. Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm

*UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer. (Sya guna cara ini)

CREAM CUSTARD

Sumber : honey@myresepi.com

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
  • 1 sudu besar tepung (Sya guna tepung gandum)
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
  • Saya tambah satu sudu teh esen vanilla
Cara-Cara
(Saya ikut cara Chef Noraini sidek)
1.  Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2.  Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3.  Masak atas api kecil. Sentias kacau supaya tida berbintil-bintil. (Sya guna whisker utk kacau)
4.  Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega.  Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.
5.  Isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dlam pastri choux yang telah dibelah tadi atu boleh juga menggunakan nozzle yang berbentuk panjang dan paipkan sahaja dalam cream puff tsbt (x perlu dibelah).


Inilah nozzle yg sya gunakan untuk paipkan cream custard  ke dlm puff....
le='clear: both;'/>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan